Pages

Slider

I love photography and eat good food. I have the biggest crush on my son and my husband and our new princess. My life revolve around them. I'm a part time domestic goddess and part time government slave. I used to extort people money through photography. That is the main reason why this blog exist. Sadly, time is my number one foe. He never let me multitask too much. But hey hey, cooking isn't that much time consuming. And i believed, a moms cook will make their kid love grow stronger in every munch. And yes ladies and gentlemen,I cook and I brag about it. So here goes. Here to a good picture and a good, easy, healthy home cooked dish! May you guys be inspired and COOK for the loved one! Insha Allah

Love Linda Latip

Friday, 24 May 2013

Resipi : Ikan Tenggiri Fishball

Bismillahirrahmanirrahim

Resipi baru ;) wow you guys going to benefit some recipe from my insomnia lah. I have trouble sleeping lately. So since, i hv nothing else to do..i go to my food album archive and decided for every night i cant sleep, i'll update one recipe (yaaaa.. kalau rajin sebenarnya hahahaha) Tapi harini dengan semalam saya rajin. So ada la kan.

Fishball. Ahaaa. Mulanya buat fishball ni sort of school holiday project for Ghazi. Tapi ha, why not..kalau nak rasa rajin lebih or need some activities to be done with your mini me, here's the recipe. Feel free to try it  out :)

Bahan-bahan
4-5 keping Ikan tenggiri. Siat buang tulang and kulit (fillet or debone)
*tengok kat gambar kalau 3-4 keping dpt lah byk tu
2 sudu tepung ubi -untuk melekatkan dan jadikan dia toing-toing
1 sudu tepung jagung
Lobak merah-depend on how much u wanted it in the fishball. Takde sukatan spesifik pun
Batang Saderi- pun takde sukatan, suka hati diced and masukkan
Bawang besar holland diced -tak payah banyak.  Cincang kasik halus, kadang budak tak suka rasa bwg kan
Salt & Pepper secukup lah rasa.

Cara
Ikan dah deboned tadi tumbuk or blend
Then gaul lah dengan semua bahan yang lain.
Buat bulat-bulat
Boil kan. Sampai dia terapung, dah masak la tu.

Kalau nak buat yong taufuu. Guna je air dia balik, masukkan ikan bilis tumbuk and bawang and garam dlm kuah yg boiled fishball tadi. siap!.. sedap je. Season and rasa. Itu je.

Boleh makan mcm tu je cicah dgn sos cili or buat sup, pun sedap or buat yong taufu. Pun lah sedap ;)

Cuba lah!

xx

Fyi - kalau nak masin kena lebih  sket garam sbb bila dh campur tepung ubi and jagung tu dia mmg akan kurg masin. So blh je try masa dia digaul tu nk bg cantik lg rasanya.

Step by step sampai jd soup ;)  delicious and anak pun hepi dpt tolong ;)


Thursday, 23 May 2013

Resipi : Creamy Tomato Soup

Salam Jumaat :)

New resipi update. Simple quick one? hmmm ke tak? ke takpe la, ikut pace masing-masing lah. haha

How about when you feel you need something masam, tapi creamy tp not to oily tapi sedap. What come into your mind? Ok, what? tomyam? ok, salah. Hmm ah tak reti la nak describe. when i need tomato soup, i just feel like it haha. ok senang je, tp make sure you are up to something sour, and make sure you drink plenty of water after doin this tomato soup. Naty dehydrate and u feel weird liddat. haha. ok terusssss...

Baham-bahamnya:
2 sudu besar butter
1 biji bawang besar holland (yg kuning) diced/dadu
1 ulas bawang putih
6-7 biiji tomato (i roasted em with a sprinkle of thyme, salt and black peper about 5 min)
Garam & lada hitam (optional)
1 kiub ayam/ lala
1 1/2 cawan air (or as how cair you like)
1/2 cup heavy cream (also optional) blh ganti dengan tepung gandum 2 sudu besar yg dicairkan kalau mls beli heavy cream hehe


Cara-cara
1. Tumis bwg besar and putih dlm butter
2. Masukkan tomato yang dah diroasted tadi, kalau perlu masa ni masukkan kiub ayam atau lala
3. Kacau-kacau-kacau
4. Masukkan air, salt & pepper, taste and masukkan dan rasa. Kalau perlu masa ni adjust rasa semua and pekat. Kalau masam sgt, blh masuk gula tp not too much naty rasa lain plak
5. Kalau nak letak sprinkle of oregano, thyme or dried parsley masa ni  pn ok
6. Siap!

Makan la dgn garlic bread, or cekodok. Or whatever you like! hehehe



Selamat mencuba!


I also put some carrot and daun bawang in my tomato soup. 





My kinda tomato soup. Makan dgn garlic bread. Just smash a clove of garlic gaul dlm butter, letak sprinkle of garam and oregano then palit atas roti and bakar! sedap!


Sunday, 24 February 2013

Resipi : Ikan Siakap Stim Limau

Assalamualaikumwbt

Resipi again :)

Siakap. Selalu masak apa? Goreng rangup-rangup tabur sos 3 rasa. Sedap kan. Tapi kali ni  saya cuba stim pulak. Almaklumlah, ada pemanggang ajaib katanya. boleh kukus katanyaaaa. Haha. So i tried. Senang, tak kecah, cepat masak.

Here goes the easiest siakap stim in Pemanggang Ajaib.

Resipi
Siakap saiz sederhana.
Limau nipis sebiji. (separuh buat jus and campur dlm tu- hiris dlm 3/4 utk letak atas n bawah ikan)
Sos tiram 2 sudu setengah.
Sos ikan 2 sudu.
Halia 2cm-racik halus
Bawang putih 3 ulas.-racik halus
Batang sederi - racik halus
Daun sup-racik halus
Daun bawang-racik halus
Serai sebatang hiris nipis
Lada besar racik halus-halus
Minyak masak 2sudu 
Air 1cawan
Daun limau purut sehelai- racik halus
Optional *lada kecil/lada sulah-if nak pedas
Garam, gula secukup rasa okay. Tak letak pn takpe actually sebab dah ada sos tiram and sos ikan :)

Cara-cara
Lumur semua. 
Masuk dlm Pemanggang Ajaib. Air pun masuk sekali tapi not too much. Cukup sekadar nak buat kuah. Sebab dia akan recycle je air yg ade utk kukus. Pemanggang ni dia terkatup rapat, so mmg wap dia kat dlm tu je pusing-pusing hehe
Boil dalam 15-20 minit. Jgn Lama nanti overcooked tak sedap.

Siap!

Selamat mencuba.

xx
LL

Siap dan sedap :)




Resipi : Kek Pisang

Salam Ahad :)

Resipi kek pisang hari ni. Easy peasy. Bakar dalam pemanggang ajaib ye. No need oven whatseoever. Just your plain stove :) I went around on the web to find the easiest kek pisang.  Haha.

So here's the recipe that i tried last week.

Bahan-bahan :
150gm butter
200 gm tepung ( saya guna tepung multipurpose organik)
1/4 camca teh soda bikarbonat  (satukan dengan tepung di atas and ayak)
160gm gula perang (this actually can be adjust, nak manis lg tambah dan sebaliknya)
3 biji telur
100ml susu segar
100gm pisang (preferably pisang berangan) lecek
A few drops of esen pisang
50gm chocolate rice
2 biji pisang didadu besar

Cara :
1.  Putar mentega + gula perang sampai sebati. Masuk telur satu persatu. Putar till  kembang. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung+susu segar+tepung+susu segar sampai habis.
2. Masuk pisang lecek+esen pisang+choc urai+pisang yang dah didadu
3. Gaul sampai rata semua
4. Siap, tuang dalam pemanggang ajaib and burn baby burn. Dalam 20minit, kepanasan sederhana/kecil. 
Siap dan makan!

3S -See. Senang. Sedap!

Selamat mencuba!

xx

Senang kan. Takyah masuk oven and takperlu sapu marjerin taknak bagi lekat.

See. Bau semerbak, rasa sedap!

Saturday, 16 February 2013

Resipi : Clam Chowder

Salam

Kids recipe alert. Woooot Ghazi love this, abah pun, saya juga. So here's the sharing for you guys. I have made few alteration to match our asian palate (or shall i say, the asian pasar? haha) mana-mana je la kan :) Got this from one of (too) many book recipes i got from BBW sale. Big (real) bad wolf book sales. *insert muka pengsan* The BBW book sales was a legend man. I'll make sure i save some ka-ching for this year tour to BBW. haha. ok enough lah. Resipi! Resipi!

Oh, the recipe basically sama dengan chicken cream soup i have had update last year

Bahan²
1.  Tepung Gandum 2 Sudu besar
2.  Lala - masa masak biarkan dengan kulit. Lepas masak masa served kalau rajin can peel 'em 
3.  Stok Ayam (Can replace with kiub ayam knorr)
4.  Celery - diced, potong kiub
5.  Bawang besar - Yellow or red. Dedua boleh. I prefer red.
6.  Sebiji kentang - diced, potong kiub
7.  Butter - 3 sudu besar

8.  Fresh Milk (or susu tepung tapi kena bancuh dulu dgn air panas n jgn berketul)
9.  Air mineral - 1/2 gelas
10. Fresh button white mushroom-sliced


Cara²:
1. Panaskan periuk, masukkan butter and tumis bawang besar+celery+mushroom
2. Dah harum, masukkan kentang (ada org masukkan lewat, saya suka kentang berasa onion)
3. Masukkan stok ayam/kiub ayam and lala and kacau
4. Lepas naik bau semua bahan di atas, baru masukkan susu+air mineral tadi.

5.  Kacau 
6. dah menggelegak baru masukkan tepung gandum (yang dah dibancuh terlebih dahulu and   
    takde langsung berbiji yer)
7.  Siap!

Makan dengan, of course garlic bread. Just ambil plain butter, kikir sikit garlic and gaul wit oregano+thyme+salt. Lepas tu sapu la kat roti. And burn baby burn! Dpt french bread lagi bagus ;)

Selamat mencuba!

xx
LL


See lala. I love lala :)

Sedap. Ghazi love the combination. Great for kids.

Resipi : Ikan Bakar Sambal

Salam :)


Heyyyyy. Lama tak update. Lama sungguh tidak berkemaskini resipi-resipinya ini. Maafkan saya. Life being pretty hectic lately. Don't have time to even cook toward the ending of last year. In my defense, work just too much, time is not enough and i have been struggling to juggle between family and career. 

Tapi sekarang sudah kembali. I have long list of recipes to b update. So stay tuned. For now, 1st recipe for today is Ikan Merah Bakar Bakar Sambal. 

Simple resipi, buat banyak-banyak sambal dia dan you can stock it up and letak dalam peti. Nak bakar udang, ayam, sotong (i did with sotong as well) and others boleh anyime you want. Save time kan.

Ok. Here are :

Resipi

Sambal Ikan Bakar
Sehelai daun kunyit*
3 batang serai*
2 inci kunyit hidup*
2 inci halia*
3 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
RM1.00 udang keringu*
 (*dikisar/blend bersama)
Cili boh
Asam Jawa
Garam, gula, kicap

Caranya
Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan pula cili boh (ikut suka banyak mana sebab ikut nak pedas sndri)  dan tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan kicap secukup rasa.
Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan tunggu sehingga masak.
Setelah masak bahagikan sambal dan stock some if you need to.

Thenm salutlah ikan yang dah siap dibersihkan dengan sambal anda. Boleh salut dengan daun kunyit atau daun pisang ikut mana suka. Or alumunium foil. Masa bakar letak minyak sikit. Mmmmm Sedapnya. Teringat plak haha. Anyway, boleh bakar dengan yang lain juga. 

So selamat mencuba!

xx
LL



Ikan merah sambal bakar with daun pisang

This one goes really well with only nasi putih panas org pair it with sup. Sedap!

Sunday, 12 August 2012

Resipi : Cinnamon roll

Assalamualaikumwbt & Morning :)

Ramadhan Kareem semua :) Sorry lama tak di update. hehe been busy and been away from the kitchen for months. But no worries, i still cook for the lil hero, cuma tak update saja haha. Simple resipi maaa.. update kang kena gelak dek org je hewhew.

Anyho, how well did Ramadhan treat ur tummy so far? ha jgn belebey sgt g beli makanan tu, masak kat rumah lg bes. Khennn.. Lepas tu, baju raya dah brape dozen tempah? eh, itu aku ehehehe.. Takpe, sume kena bersederhana tak gitu? tipuuuuu! Jgn bulan depan dah sangap sebab gaji masuk lambat. eh. itu aku jugak lagi haha..

Okay okay. RESIPI! Cinnamon roll! Ayayayaaa.. sila la terliyor tengok. I made this couple of month ago, tapi sebab dah ada janji haritu dgn kwn nak update resipi dia yg maha senang, so here goes...

Bahan².
300g tepung roti/multipurpose flour organik
60g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk+air (suhu bilik)
8g yis, mauripan
secuit garam
Kismis sesedap sukahati kita (nak tabur jadi filling tu)
3 sudu kecil cinnamon powder
60g gula perang
Seorang atau dua orang yang tengah lapar..ehehe

Caranya:
1. Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti 
2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata. 
3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin. 
4. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit. 
5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebarnya lbh kurang 20x25cm. Letakkan and tabur kismis, gula perang n halus n alas dengan butter. Perghhhhh!. 
6. Then gulung. Potong dlm 4 cm atau pandai² la agak dia nak naik besar mana kan.. Ulang untuk doh yang sebahagian lagi. Sebelum masukkan tu nak nampak dia berkilat sapu dengan butter/marjerin kat permukaan atas tu.
7. Bakar & Makan (masa berbuka kang lah) . Panas² masa angkat dr oven tu tabur plak gula halus atas dia kasi nampak menggiurkan :)

So selamat mencuba korg! budak², bapak budak maupun mak budak, pasti suka resipi ini. eh ewah! 

xx

1.Campur  2.Uli  3.Canai & Filling  4. Kasik potong!

Tabur gula halus + sapu butter atas dia

Siap!