Pages

Slider

I love photography and eat good food. I have the biggest crush on my son and my husband and our new princess. My life revolve around them. I'm a part time domestic goddess and part time government slave. I used to extort people money through photography. That is the main reason why this blog exist. Sadly, time is my number one foe. He never let me multitask too much. But hey hey, cooking isn't that much time consuming. And i believed, a moms cook will make their kid love grow stronger in every munch. And yes ladies and gentlemen,I cook and I brag about it. So here goes. Here to a good picture and a good, easy, healthy home cooked dish! May you guys be inspired and COOK for the loved one! Insha Allah

Love Linda Latip
Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, 25 January 2012

Picture : Lala & Daging

Salam!

Seems like an odd couple right? but i love lala so much and abah Ghazi love his meats. So this one is when collide.

Daging masak kicap  &  Lala goreng berlada for dinner.

Mind you, i am hopeless romantic (in heart)

I you Abah :)

Thursday, 5 January 2012

Food : Terubuk Stim

Salam :)

Selalu makan terubuk? this 1, i got the recipe from org sarawak himself. Masa beli kat Pasar Satok, Sarawak. He also gave out tips on how to beza local terubuk and imported terubuk. And of course local one is way more expensive than the imported. Im not kidding, seekor yang boleh dibeli dgn harga RM10 for imported, harga yg local can go up to rm30 or rm40. So, how now brown cow? Rasa wise, i dont know.

Anyway, sebelum ni kalau masak terubuk..sure goreng je. so..pakcik tu suh stim instead. So saya try la stim. Hmmm not bad, not bad at all...but i still prefer the goreng one. heheh sedap!

The taste, not bad. Try lah sekali!

Food : Simple Spagethi w Roasted Tomatoes & Jalapeno

Salam Tahun 2012 kawan² :)

New year, new resolution, new food?

Anyway. Do enjoy my pic ehehe. I'll upload the recipe a little later ok.

Looks yummeh isnt it. Noms!

Sunday, 25 December 2011

Resipi : Lauk Ringkas Untuk Berpantang

Assalamualaikum :)

*tersipu malu* gituuu tetibeh. Dah Linda. Teruskan! ececece.. okay. Harini nak up simple food untuk orang dalam pantang. ( A traditional malay confinement recipe) Simple je. So takyah la nak perangat dua kuali dgn api yang maha marak ye. Ehehehe

So, ceritanya... mak saya ni sangat hebat menjaga orang dlm pantang. Saya confirm puan-puan akan menangis lah taknak bersalin lagi kalau pantang dengan mak saya hahaha. Ala-ala natural birthcontrol la gituuu.  Saya berpantang seminggu je dengan masakan mak saya, bengkung yang guna tali tu dah bertemu pun. Tapi jangan bimbang, air susu badan melimpah ruah, sampai kena tahan dengan tuala mandi, still boleh perah. Pemakanan memang penting di jaga untuk bf, tapi badan pun kena la jaga untuk guna lagi masa depan. So the balance should always be considered okay.

Lagi satu, untuk breastfeed ni. Yang kena kuat adalah otak dan hati serta keikhlasan dan kemahuan bf tu okay. So lauk-lauk yang konon sangat simpel and under nutrition ini bukan penyebab anda takde susu :)

Ok. Sikit-sikit aje bebel sudeh. By the way, prinsip untuk lauk orang berpantang is
1.  1st week - no kuah-kuah at all! haip! jangan nk ngada minta sup or whatever yg berair mair nih
2.  No goreng²! takyah goreng apa² aih, Minyak² jgn nak guna untuk tumis pn is a big NO-NO
3.  Banyakkan halia+lada hitam+kunyit hidup. Bukan serbuk ye. Apatah lagi kunyit yang hindu buat sembahyang tu. takbleh jgk!
4.  Pagi and petang always a simple breakfast like - horlicks susu and oatmeal biskut.

Ha yang tu je ingat, nanti ingat saya letak lagi ok.

Kali ni masak untuk SIL. Cari haruan hidup kat pasar. Suruh tokey kasi katuk kepala 3 kali. Sembelih and buang sisik n lendir. Pastu kita lumur la dgn tepung and limau kasturi. Pasti hilang kehanyiran nye yer ibu-ibu bapak-bapak.

Haruan tu boleh buat singgang ( lepas 1 weeks ye) and boleh juga bakar je. Yang saya buat ni Singgang Ikan Haruan. Simple sangat

Bahan-bahan
Ikan haruan -3-4 potong
Kunyit hidup 1/4 inch hiris halus halus
Halia 1/4 inch hiris halus halus
Lengkuas setengah dari 1/4 inch , titik kan aje
Daun kunyit.
Asam Keping

Cara
Semua rebus je dulu kecuali ikan, lepas menggelegak baru masuk ikan yang dah di perap n dibersihkan tadi.
Perap tu untuk hilang hanyir je ok.
Kalau nak bakar, semua bahan kat atas yang sama kecuali lengkuas dgn asam keping lah. Tumbuk semua and lumur kat ikan n balut dengan kunyit n bakar.

Utk ikan bilis punya stok
Saring ikan bilis (no minyak) sampai garing then tumbuk lah dengan lada hitam. Simpan satu jar. Buat stok makan n buat kerabu.

Utk kerabu pegaga pulak
Ikan bilis yg dah campur dgn lada hitam tu, tabur pada pegaga yang dibersihkan. Akar takperlu buang. Bersih sebersihnya then makan skali. Bwg merah setengah biji racik halus-halus lah masukkan sekali. Petua orang tua banyakkan susu. Selain Kerabu boleh jugak tukar-tukar dgn sayur lain tapi method yang sama, yang famous masa saya dlu, mak selalu buat jantung pisang rebus then racik and buat kerabu. Itu pu petua banyak kan susu :)

Nah, complete jugak kan nutriennya. So Selamat berpantang!

Nampak sedap kan.. nommms!

Resipi : Char Kuey Teow

Salam Pagi Ahad

Harini breakfast saya masak Char Kuey Teow gituuuu.... Googled Maksud char kuey teow. And then found dia punya history at Wikipedia. Hmm..sbb CKT ni dia punya high saturated fat content adalah tidak diampunkan oleh trainer² fitness first, maka sbnrnya asal nya CKT ni adalah untuk labour² cina yg kerja di tapak pembinaan or kat mana² je la kan. Tengoklah ingredient dia, telur, kuey teow, dgn gorengnya lagi. minyak sume bergenang. phew sedap!

Anyway, asalnya nak makan CKT ni dr semalam punya JJCM (Jalan-Jalan Cari  Makan.) Dia bawak makan kat Botak CKT. Nampak memang sedap. So mlm smlm lepas melawat tok sedara kat Jln Duta, ajak la sang suami pi. Tapi sebab si kenit dah tidur atas riba. Kena lah cancel plan. Saya tidur dgn penuh airliyor tanda cravings kehkeh

 So pagi-pagi, saya googled the recipe and found a few. Which later I did a few alteration to suits my style of cooking. Tapi result dia, Alhamdulillah. Sedaaaaappp.. Seseddap mata korg memandang dan tekak ku menelan. phew!

So here goes..

Bahan-Bahan (2 orang makan)
Kueyteow (yang jenis halus bukan yang kasar-kasar)
Taugeh - 20sen cukup
Kucai - 3-4 urat
Kerang fresh (maksudnya adalah.. sila lah struggle bersih-rebus-kopek sendiri ya)
Udang kecil (rendam n bersih kan sungguh²-then rebus utk dpt kan stok dia)
Udang besar (yg ni ikut la nak 4-5 ekor ke utk tumis)
3 sudu kicap manis pekat
2 sudu kicap soya manis (dia lighter sket-tak pekat sangat, mcm sushi punya)
3 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
1 sudu petis udang
Cili boh
2 biji Telur
4 ulas bawang putih yang kena ketuk² sbb dia nakal dlm kelas.
Minyak untuk menumis

Caranya :
Easy. Tapi kena ingat . Heat up 2 kuali at the same time. Kalau rasa tak cekap, buat paste dia dulu lah.
Api kena sepanas yang boleh and make sure anda bersedia untuk cemas and bajet best sebab api die marak bley tahan la. Ala-ala chef terel gittew :p

Utk paste dia yang kemudiannye kita akan masuk asing
Semua sos-sos tu masukkan dalam satu kuali n panaskan. Campak juga seketul bawang putih.
Masukkan juga air rebusan udang (stok udang) then bagi boiled sket. Nak pekat sket pn boleh, tapi saya biar dia tak pekat sangat. Asal rasa dia masak dah serasi bersama semua bahan-bahan tu cukup lah.  Masuk juga air kalau nak kuah CKT anda banyak

Untuk Kuey Teow
Panaskan kuali and besarkan api semaraknya. Kalau tak cukup, g amik kayu reban kat belakang umah tu bakar sekali. Ok
Then masukkan minyak dlm 2 sudu kecil
Bila dah panas, cmpak la bwg putih kasi naik bau. Then Campak Udang Besar+ Kerang. Kacau sket lagi then masukkan pulak lada boh dlm 4-5 sudu ikut tahap kepedasan tuan/puan nak lah.
Lepas dah nmpk rasi bersama je bahan-bahan tu campak la kueyteow, taugeh dan kucai. Kacau sampai rasi.
Baru masukkan Paste yang kita buat masa awal tadi.
Dah nampak bergenang, dengan pantas nye! (ni tak memain kena pantas) Pecahkan telur masuk dlm kuali kacau dlm 30 sec (jgn sampai dia jd berketul) terus lah keluarkan, masukkan dalam pinggan. NGAP!

Simple kan?!!

Tapi naty ade sedikit pembaziran lah. Masa nak buat stok udang tu, memang udang kecil tu saya tak guna dah. Tapi kalau korang nk guna lagi buat goreng sayur pun boleh. Tapi dia dah tasteless. Sebab dah perah sume pati dia jadi stok udang.

Itu je. Tq!

Antara bahan-bahan yang featured dlm kueyteow saya :p

The Seri Kembangan Char Kuey Teow! Aummm!

Saturday, 24 December 2011

Food : Nasi Dagang

Sukses!

Cooked nasi dagang for the very 1st time. And twas delicious! Tq tq..

O nommmms!
 Am going to upload the recipe a little later.

See u alligator!

Friday, 23 December 2011

Resipi : Simplest Brownies recipe

Salam

Today husband give me green light to update more recipes online. Yeay! So nak update recipes brownies lah.. Actually brownies ni di ambil dan diubahsuai dari Rachael Ray punya resipi. After googling and found that her recipes is the simplest one.So i tried and succed!  Im not a baker and also  not a fan of cake. So this might be the one and only recipe that involve baking. So here goes.

Ingredients:
1. 2 cups of sugar ( memang ada sukatan cup-cari penyukat yg guna sukatan macam ni ok)
2. 3 quarters of butter ( saya guna farmcows..mooooo)
3.  1/2 teaspoon salt
4.  3 eggs
5.  1 cup cocoa (im using van houten)
6.  1 cup flour (tepung gandum cap sauh sudahhh)
7.  1/2 cup of walnut and 1/2 cup of roasted almond (dedua ni tumbuk, jgn blend)

How now brown cow?:
 1. The easiest thing. Campurkan butter + garam + sugar and salt. Gaul and gaul.
2.  Masukkan telur (yg dipukul-dlm 1minit) setiap satu. Masuk satu-satu lah tu.
3.  Last sekali masukkan tepung and cocoa butter and the kekacangs.
4.  Preheat oven n bake!

I kid u not. The brownies is super delicious.

Senang kan. Si tangan  bangku macam saya pun berjaya. Bila keluar dari oven tu, u just bubuh aiskrim vanila atas dia. Pergh!!!!

Selamat mencuba!

Resipi : Chicken Cream Soup

Hey Ho. Eh ... Salam

Another recipe. Simple yet healthy and tasty. Chicken cream soup :) nommmsss!

Bahan-bahan:
1.  Tepung Gandum 2 Sudu besar
2.  Ayam daging - diced, potong kiub
3.  Stok Ayam (Can replace with kiub ayam knorr)
4.  Celery - diced, potong kiub
5.  Bawang besar - Yellow or red. Dedua boleh. I prefer red.
6.  Sebiji kentang - diced, potong kiub
7. Butter - 3 sudu besar
8.  Fresh Milk ( or susu tepung tapi kena bancuh dulu dgn air panas n jgn berketul)
9.  Air mineral - 1/2 gelas

How it works :
1.  Daging ayam tu rebuskan dalam periuk lain. then toskan lepas dia nmpk putih.
2.  Panaskan periuk, masukkan butter and tumis bawang besar+celery.
3.. Dah harum, masukkan kentang (ada org masukkan lewat, saya suka kentang berasa onion)
4.  Masukkan stok ayam/kiub ayam and isi ayam and kacau
5.  Lepas naik bau semua bahan di atas, baru masukkan susu+air mineral tadi.
6.  Kacau lagi sambil nyanyi lagu batu belah batu bertangkup....
7.  dah menggelegak baru masukkan tepung gandum (yang dah dibancuh terlebih dahulu and takde langsung berbiji yer)
8.  Waaaaallllahhh! Siap sudah.

Some of the ingredients

This one is for my son

And this one is for the husband- i tag it with Pastrami Sandwich. Nyummmmm to the mmehhh!

Then and then only you can served the soup with Garlic Bread or other food with full of ummeh loves ♥

Ok? senang kan. Dah, now we can ditch all those instant cream soup! Home cooked food Rulesss!!!!

Seeeedaaap!

Simple Doughnut Recipe -Donut

As requested by my friend. Here are the recipe for doughnut. Pantun untuk resipi saya "U eat donut, u go nuts" ahahaha okay, tahpape..jom start....

Donut

Bahan-bahan (30-40 biji, bergantung pada adunan)

  • 1 kilo tepung gandum
  • 1 paket yeast ( Mauripan)
  • 1 1/2 gelas air suam-(suam and not too hot)
  • 1 atau 2 sudu besar susu tepung ( i used hi-goat HPA hehe)
  • 1 sudu kecil gula
  • 5 sudu besar planta(or butter, blh eksperimen ikut kesesuaian)
  • Kentang lecek ( dlm separuh je kentang)
  • gula castor or gula kasar di blend,

Cara-cara

  1. Bancuh yis dengan air suam dan gula.
  2. Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
  3. Gaul tepung + susu tepung + planta hingga berderai (sampai berkepinng-keping)
  4. Masukkan bancuhan yis tadi.
  5. Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat kat tangan tp teruskan uli sampai tak melekat lagi
  6. Biarkan doh naik sekejap and kemudian bentuk lah donut ikut kreativiti anda :) Saya guna mug free dgn penutup ubat untuk jadi bentuk yg kecik sbb sementara nak uli semua tu, donut tu pun kembang semula.
  7.  Then... goreng.
  8. Bila warna donut tu dah cantik ...angkat dan toskan minyak.
  9. Gaul dengan gula. Buat teh and minum. Nyoooommmm!
Kalau korang perasan, i replace the egg with kentang. Donut ni akan jadi gebu walaupun dah tak sejuk. Dengan adunan 1 kilo tepung ni akan buat banyak. So  pandai-pandai lah adjust untuk buatkan adunan separuh ke kan. Most of the sukatan sebenarnya kena pandai anggar jugak. So pandai² la tambah atau kurangkan bahan² kalau nak cuba yang lain sikit ok :)

So there u go!  Selamat mencuba.

The Gebu & Delicious DooooOOOooonut!