Haha. Sebenarnya taktau nak letak apa tajuk tu. Cik Aina bbm tadi minta resipi. Katanya nak yang bubuh tempoyak tu haha. So ada masa sikit, maka saya up lah sekejap. Gambar tak berapa cantik sebab cari fail gambar dia sudah hilang. Mungkin dah dipam setelah selesai makan.hmmm...
Anyway, basic nak masak udang masak lemak ni sama je dengan lemak cili api lain. Prinsip adalah sama. Ecewah aku. Cuma asam keping or asam dia diganti dengan tempoyak la. Tempoyak kena yang lama jangan tempoyak baru kan. Sebab nak bagi dia rasa masam tu lah. Iyalah, kata orang Pahang, Tempoyak dalam jiwa takbley la dipisahkan. eh? ngada kau.
Bahan
Udang saiz medium -5-6 ekor. Bergantung nak makan ramai mana. Kalau buat kenduri kena main periuk la kan sukatan dia :p
Kunyit hidup 1cm. Dapat ibu kunyit, warna dia lagi menyerlah lah.
Cili padi + cili besar (kalau nak menyengat tumbuk sekali)
Belacan secubit sahaja
Serai 1-2 batang
Garam secukup rasa
Kacang buncis/kacang botol/ Tauhu
Santan 1 kotak/1biji
Stok udang
Caranya
Sangat la mudah.
Tumbuk kunyit+cili-cilan+belacan+garam
Titikkan serai (titik tu tumbuk tak lumat, jgn smbil titik serai marah lak dia kan :p)
Hasil tumbukan tu masukkan dalam periuk masukkan juga santan. Kacau sampai rasi, baru gelegakkan ok
Sambil gelegak sambil kacau, takmahu pecah lemak. Sebab lemak-lemak tu kita nak simpan dalam pelipat perut nanti :p
Masukkan stok udang, and udang dlm sekor dua aje. Sbb nak bg kuah tu rasi dgn rasa kuah.
Dah mendidih, baru masukkan asam tempoyak. Masuk la 2 sudu dlu. Then rasa. Kalau dah cukup masa, cukuplah. Kalau kurang masam, tambah je la lagi. Jangan nangis plak hehe
Pastu masuk la kacang buncis/botol tadi. (saya suka rangup) so masuk dah hujung la.
Masa ni masuk sekali serai yang dah titik tu Last sekali baru masuk baki udang tadi. Saya suka masuk udang last sebab taknak udang ni nanti pejal sangat isi dia. Masuk dah ujung tu pun cukup masa angkat cepat. Nanti bila dia overcooked memang tak bape sedap.
So kalau dah terpekat sangat (tempoyak ni tujuan dia pekatkan jugak) jangan masuk kan dah lan tempoyak, korang substitute la rasa masam dgn asam keping or asam limau. Saya suka asam keping. Boleh control tahap masam dia. Okay, lagi satu kalau nak sedap lagi boleh je bubuh daun limau purut. Nanti harummmm.. hasben pun tak jdi makan luar. ceh gituuuuu!
So, dah jadi la. Itu aje simple nye nak masak lauk ni :)
Selamat cuba!
Kat atas sekali tu- ikan bilis goreng petai w tempoyak juga, and lauk yg diletakkan resipi kat sini is no.2 yang tengah-tengah tu. The last one- ikan masin goreng sahajork. |
0 comments:
Post a Comment