Pages

Slider

I love photography and eat good food. I have the biggest crush on my son and my husband and our new princess. My life revolve around them. I'm a part time domestic goddess and part time government slave. I used to extort people money through photography. That is the main reason why this blog exist. Sadly, time is my number one foe. He never let me multitask too much. But hey hey, cooking isn't that much time consuming. And i believed, a moms cook will make their kid love grow stronger in every munch. And yes ladies and gentlemen,I cook and I brag about it. So here goes. Here to a good picture and a good, easy, healthy home cooked dish! May you guys be inspired and COOK for the loved one! Insha Allah

Love Linda Latip

Wednesday 28 December 2011

Resipi : Cakoi

Salam sayang semua *tebarkan ciuman*

Gituuuu.. happy sangat cuti² ni, tunggu lah sekejap lagi nak sambung isi HRMIS hahaha. Anyway, nak kongsi simple resipi yang di cedok dari myresipi ni. So, the prep time lebih cepat la dari g Bangi beli cakoi tepi petronas tu hehe. So, sebab malas nak taip, I just go cedok (not cebok) the resipi ok.


Barang-barang yang kena ada:
Tepung Gandum (guna separuh shj)
1 cawan air suam-suam kuku
1 sudu besar planta (pohon dicairkan)
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
2-3 sudu besar tepung (i used hi-goat)
1 biji kuning telur
2 sudu kecil mauripan
1 sudu besar veggie shortening

Caranya:
Gaul semua sekali kecuali tepung. Gaul supaya sebati
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit..Sambung uli. Uli sampai dia jadi doh lah. Kurang air tambah air, kurang tepun add some more tepung.
Canai dan potong memanjang dalam anggaran 1-1.5 inci. Untuk cantumkan dua cakoi , basahkan lidi n gores di tengah² cakoi pertama, cukup untuk buat  cakoi tu melekat then  ambil 1 lagi dan letak on top of it.
Bila minyak dah panas,baru angkat cakoi tadi n tarik sket sebelum letakkan semula dalam minyak..situlah rahsia dia nampak slim dan panjang dari saiz asal. Bukan goreng² je dah panjang tinggi lampai cam tu hehe.
Pastu siap, goreng n makan!

Sedaaaaap!

Tapi semua la aku letak resipi ni sedap kan hahaha..

Ok, Selamat mencuba!
Cakoi ni makan panas-panas memang nikmat!






Resipi : My Version of Vietnamese Beef Noodles

Salam Pagi Khamis yang indah! (sebab saya cuti, semuanya harus indah...haha)

Kelmarin, was going through my picasa food album dengan Gja. Office fren (gitu Gja, aku featured nama kau dlm blog ok :p) hahaha Pastu stop kat gambar ni (beef noodles). Masa tu nama dia pun aku lupa sebenarnya hahahaha.. Tapi lepas tengok balik kat album, baru recalled semula nama yang diberi oleh yours truly haha. My Version of Vietnamese Beef Noodles (Tips: kalau kita altered cooking form otrs recipes atau rasa cam salah je recipe tu..always! always put 'My Version') yahahaha..kool kan aku. hahahaha

Okay, sebenarnya ni adalah 1st time trial n error :) And, I need to add more beef or cook the soup using pressure cooker. Apart from it, to suit ur Malaysian taste u can always throw a fried garlic flakes, or fresh chilies to the soup. But for my palate, this is enough already . The soup is superb with a lot of taste. Ginger, shallot, celery, broth, fish sauce, tamarind. Delicious even without chilies. Maybe to add more color to the food presentation u guys can throw in a red chilies garnish.

And haritu, oli ada minta juga resipi untuk kids. This can be one of it lah. Cuma yang ni nak cakap renyah tak jugak la, tpi preparation time tak sepantas resipi² saya yang lain :)

Bahan
Halia
Bawang kecil merah -bwg india
Batang celery
Bunjut
Sos Ikan
Asam Jawa
Daging (dihiris halus)
Cendawan (besar/kecil/medium)
Mee (any type)
Utk Garnish - Daun bawang+sup

How?
Senang je. Rebus Daging+Halia+Bwg Kecil+Celeryy+Bunjut- Rebus 1-2 hours lah. Sambil rebus tu, nanti keluar la buih² yang nampak kotor tu kan. Sila buang buih² itu. Jangan dikacau pulak. haha
Rebus sampai empuk and tengok sampai dah mesra, you just tapis, and ambil air. Daging nye pun boleh guna lagi. Tapi bahan lain dah boleh dispose. Alaa abis manis sepah dibuang gitu.
Then air tu re-boil semula, masukkan sikit asam jawa, sos ikan. Rasa, season semula kalau tak cukup.
Tapi no tumis okay.
So boiled kan semua tu and selalu rasa-rasa lah, kalau rasa tak ckup halia, then add in some ginger. Tapi nanti, semua bahan² ni akan dikeluarkan. Sebab kita nak clear soup. No bahan² what soever.
Lepas tu celur mee, n masuk lah dlm tu. Garnish dgn cendawan yang dah dicelur dengan soup and daun bawang n sup. Jadi lah!
Cuma kalau nak tmbh lg rasa, bwg putih goreng asing n garing² and tabur sebelum makan :)
Sos kicap pun boleh buat and cicah dengan daging, sebelum slurppppppp mee n soups! 
Sedaaaap!

Selamat mencuba!

Looks nyummeh, taste even nyummeh!

Resipi : Spagethi w Potato Croquette

Salam

Yeay! Nak update resipi lagi. Kalau korang perasan, kat atas ni sekejap tulis resipi tapi duk letak bahasa melayu, kejap bahasa orang putih.  Maafkan hambamu ini, saya janji dari semasa ke semasa, akan diperbetulkan ayat-ayat nye :p

Anyway, harini kongsi simple resipi lagi lah. Potato Croquette (PC). Bahasa melayunya tak sure. Tapi kalau nak google and jumpa maksudnya, silakan share kalau mahu :) Tapi dari segi bahan dan kaedah masakan nya, adalah lebih kurang bergedil sahaja. beza dia, bergedil, banyak kan daging dari kentang and bahan dalam dia tak ditumis tapi yang PC ni kena tumis  lah dulu dgn butter.

So here goes without prejudice. Eh? haha

Bahan
Kentang (2 biji or 1 kalau besar)-rebus dan lenyek
Lada sulah/hitam
Oregano-serbuk or fresh leaves yang akhirnya tuan/puan kena chopped
Bawang besar holland-1//2 biji
Daging kisar 3-4 sudu besar
Butter -3-2 sudu besar
Garam sekucup rasa
Mozarella Cheese
Biskut Ping Pong atau Breadcrumbs
Telur Sebiji

How now?:
Senang sahaja. Easssssyyyy!
Kentang-rebus-lenyek
Bawang-potong dadu
Panaskan kuali, tumis bwg+daging guna butter and season kan siap², masuklah garam, lada sulah, oregano n lada hitam (kalau suka)
Dah naik bau tumisan tu semua and dah rasa dia rasi, put aside. Biar sejuk sikit ok.

Then, bila dah sejuk, kentang lenyek tadi campur dengan gorengan daging dgn butter n gaul.
Masa uli tu, tengah² tu letak mozarella cheese, tpi pasti kan dia seal semua, kalau tak blh pecah masa goreng nanti naty bersepah dlm kuali tak cun dah hehe okay.

So pastu goreng nya, celup touq dalam telur touq, pastu bru la guling kan ia dalam breadcrumbs atau biskut mayat cap pingpong yang dah di serbukkan.  Goreng, jadila!

Makan dgn spagethi pun sedap k. 

Mmmmm....nommmmsss!!!

Selamat mecuba!


Itu tangan berkilat tukang uli. Eh?

Tengok keju cair kat tengah tu hmmmm...sedap!

Monday 26 December 2011

Resipi : Masak Lomak Cili Api Udang with a twist of Tempoyak

Salam

Haha. Sebenarnya taktau nak letak apa tajuk tu. Cik Aina bbm tadi minta resipi. Katanya nak yang bubuh tempoyak tu haha. So ada masa sikit, maka saya up lah sekejap. Gambar tak berapa cantik sebab cari fail gambar dia sudah hilang. Mungkin dah dipam setelah selesai makan.hmmm...

Anyway, basic nak masak udang masak lemak ni sama je dengan lemak cili api lain. Prinsip adalah sama. Ecewah aku. Cuma asam keping or asam dia diganti dengan tempoyak la. Tempoyak kena yang lama jangan tempoyak baru kan. Sebab nak bagi dia rasa masam tu lah. Iyalah, kata orang Pahang, Tempoyak dalam jiwa takbley la dipisahkan. eh? ngada kau.

Bahan
Udang saiz medium -5-6 ekor. Bergantung nak makan ramai mana. Kalau buat kenduri kena main periuk la kan sukatan dia :p
Kunyit hidup 1cm. Dapat ibu kunyit, warna dia lagi menyerlah lah.
Cili padi + cili besar (kalau nak menyengat tumbuk sekali)
Belacan secubit sahaja
Serai 1-2 batang
Garam secukup rasa
Kacang buncis/kacang botol/ Tauhu
Santan 1 kotak/1biji
Stok udang

Caranya
Sangat la mudah.
Tumbuk kunyit+cili-cilan+belacan+garam
Titikkan serai (titik tu tumbuk tak lumat, jgn smbil titik serai marah lak dia kan :p)
Hasil tumbukan tu masukkan  dalam periuk masukkan juga santan. Kacau sampai rasi, baru gelegakkan ok
Sambil gelegak sambil kacau, takmahu pecah lemak. Sebab lemak-lemak tu kita nak simpan dalam pelipat perut nanti :p
Masukkan stok udang, and udang dlm sekor dua aje. Sbb nak bg kuah tu rasi dgn rasa kuah.
Dah mendidih, baru masukkan asam tempoyak. Masuk la 2 sudu dlu. Then rasa. Kalau dah cukup masa, cukuplah. Kalau kurang masam, tambah je la lagi. Jangan nangis plak hehe
Pastu masuk la kacang buncis/botol tadi. (saya suka rangup) so masuk dah hujung la.
Masa ni masuk sekali serai yang dah titik tu
Last sekali baru masuk baki udang tadi. Saya suka masuk udang last sebab taknak udang ni nanti pejal sangat isi dia. Masuk dah ujung tu pun cukup masa angkat cepat. Nanti bila dia overcooked memang tak bape sedap.
So kalau dah terpekat sangat (tempoyak ni tujuan dia pekatkan jugak) jangan masuk kan dah lan tempoyak, korang substitute la rasa masam dgn asam keping or asam limau. Saya suka asam keping. Boleh control tahap masam dia. Okay, lagi satu kalau nak sedap lagi boleh je bubuh daun limau purut. Nanti harummmm.. hasben pun tak jdi makan luar. ceh gituuuuu!

So, dah jadi la. Itu aje simple nye nak masak lauk ni :)

Selamat cuba!

Kat atas sekali tu- ikan bilis goreng petai w tempoyak juga, and lauk yg diletakkan resipi kat sini is no.2 yang tengah-tengah tu. The last one- ikan masin goreng sahajork.

Sunday 25 December 2011

Resipi : Lauk Ringkas Untuk Berpantang

Assalamualaikum :)

*tersipu malu* gituuu tetibeh. Dah Linda. Teruskan! ececece.. okay. Harini nak up simple food untuk orang dalam pantang. ( A traditional malay confinement recipe) Simple je. So takyah la nak perangat dua kuali dgn api yang maha marak ye. Ehehehe

So, ceritanya... mak saya ni sangat hebat menjaga orang dlm pantang. Saya confirm puan-puan akan menangis lah taknak bersalin lagi kalau pantang dengan mak saya hahaha. Ala-ala natural birthcontrol la gituuu.  Saya berpantang seminggu je dengan masakan mak saya, bengkung yang guna tali tu dah bertemu pun. Tapi jangan bimbang, air susu badan melimpah ruah, sampai kena tahan dengan tuala mandi, still boleh perah. Pemakanan memang penting di jaga untuk bf, tapi badan pun kena la jaga untuk guna lagi masa depan. So the balance should always be considered okay.

Lagi satu, untuk breastfeed ni. Yang kena kuat adalah otak dan hati serta keikhlasan dan kemahuan bf tu okay. So lauk-lauk yang konon sangat simpel and under nutrition ini bukan penyebab anda takde susu :)

Ok. Sikit-sikit aje bebel sudeh. By the way, prinsip untuk lauk orang berpantang is
1.  1st week - no kuah-kuah at all! haip! jangan nk ngada minta sup or whatever yg berair mair nih
2.  No goreng²! takyah goreng apa² aih, Minyak² jgn nak guna untuk tumis pn is a big NO-NO
3.  Banyakkan halia+lada hitam+kunyit hidup. Bukan serbuk ye. Apatah lagi kunyit yang hindu buat sembahyang tu. takbleh jgk!
4.  Pagi and petang always a simple breakfast like - horlicks susu and oatmeal biskut.

Ha yang tu je ingat, nanti ingat saya letak lagi ok.

Kali ni masak untuk SIL. Cari haruan hidup kat pasar. Suruh tokey kasi katuk kepala 3 kali. Sembelih and buang sisik n lendir. Pastu kita lumur la dgn tepung and limau kasturi. Pasti hilang kehanyiran nye yer ibu-ibu bapak-bapak.

Haruan tu boleh buat singgang ( lepas 1 weeks ye) and boleh juga bakar je. Yang saya buat ni Singgang Ikan Haruan. Simple sangat

Bahan-bahan
Ikan haruan -3-4 potong
Kunyit hidup 1/4 inch hiris halus halus
Halia 1/4 inch hiris halus halus
Lengkuas setengah dari 1/4 inch , titik kan aje
Daun kunyit.
Asam Keping

Cara
Semua rebus je dulu kecuali ikan, lepas menggelegak baru masuk ikan yang dah di perap n dibersihkan tadi.
Perap tu untuk hilang hanyir je ok.
Kalau nak bakar, semua bahan kat atas yang sama kecuali lengkuas dgn asam keping lah. Tumbuk semua and lumur kat ikan n balut dengan kunyit n bakar.

Utk ikan bilis punya stok
Saring ikan bilis (no minyak) sampai garing then tumbuk lah dengan lada hitam. Simpan satu jar. Buat stok makan n buat kerabu.

Utk kerabu pegaga pulak
Ikan bilis yg dah campur dgn lada hitam tu, tabur pada pegaga yang dibersihkan. Akar takperlu buang. Bersih sebersihnya then makan skali. Bwg merah setengah biji racik halus-halus lah masukkan sekali. Petua orang tua banyakkan susu. Selain Kerabu boleh jugak tukar-tukar dgn sayur lain tapi method yang sama, yang famous masa saya dlu, mak selalu buat jantung pisang rebus then racik and buat kerabu. Itu pu petua banyak kan susu :)

Nah, complete jugak kan nutriennya. So Selamat berpantang!

Nampak sedap kan.. nommms!

Resipi : Char Kuey Teow

Salam Pagi Ahad

Harini breakfast saya masak Char Kuey Teow gituuuu.... Googled Maksud char kuey teow. And then found dia punya history at Wikipedia. Hmm..sbb CKT ni dia punya high saturated fat content adalah tidak diampunkan oleh trainer² fitness first, maka sbnrnya asal nya CKT ni adalah untuk labour² cina yg kerja di tapak pembinaan or kat mana² je la kan. Tengoklah ingredient dia, telur, kuey teow, dgn gorengnya lagi. minyak sume bergenang. phew sedap!

Anyway, asalnya nak makan CKT ni dr semalam punya JJCM (Jalan-Jalan Cari  Makan.) Dia bawak makan kat Botak CKT. Nampak memang sedap. So mlm smlm lepas melawat tok sedara kat Jln Duta, ajak la sang suami pi. Tapi sebab si kenit dah tidur atas riba. Kena lah cancel plan. Saya tidur dgn penuh airliyor tanda cravings kehkeh

 So pagi-pagi, saya googled the recipe and found a few. Which later I did a few alteration to suits my style of cooking. Tapi result dia, Alhamdulillah. Sedaaaaappp.. Seseddap mata korg memandang dan tekak ku menelan. phew!

So here goes..

Bahan-Bahan (2 orang makan)
Kueyteow (yang jenis halus bukan yang kasar-kasar)
Taugeh - 20sen cukup
Kucai - 3-4 urat
Kerang fresh (maksudnya adalah.. sila lah struggle bersih-rebus-kopek sendiri ya)
Udang kecil (rendam n bersih kan sungguh²-then rebus utk dpt kan stok dia)
Udang besar (yg ni ikut la nak 4-5 ekor ke utk tumis)
3 sudu kicap manis pekat
2 sudu kicap soya manis (dia lighter sket-tak pekat sangat, mcm sushi punya)
3 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
1 sudu petis udang
Cili boh
2 biji Telur
4 ulas bawang putih yang kena ketuk² sbb dia nakal dlm kelas.
Minyak untuk menumis

Caranya :
Easy. Tapi kena ingat . Heat up 2 kuali at the same time. Kalau rasa tak cekap, buat paste dia dulu lah.
Api kena sepanas yang boleh and make sure anda bersedia untuk cemas and bajet best sebab api die marak bley tahan la. Ala-ala chef terel gittew :p

Utk paste dia yang kemudiannye kita akan masuk asing
Semua sos-sos tu masukkan dalam satu kuali n panaskan. Campak juga seketul bawang putih.
Masukkan juga air rebusan udang (stok udang) then bagi boiled sket. Nak pekat sket pn boleh, tapi saya biar dia tak pekat sangat. Asal rasa dia masak dah serasi bersama semua bahan-bahan tu cukup lah.  Masuk juga air kalau nak kuah CKT anda banyak

Untuk Kuey Teow
Panaskan kuali and besarkan api semaraknya. Kalau tak cukup, g amik kayu reban kat belakang umah tu bakar sekali. Ok
Then masukkan minyak dlm 2 sudu kecil
Bila dah panas, cmpak la bwg putih kasi naik bau. Then Campak Udang Besar+ Kerang. Kacau sket lagi then masukkan pulak lada boh dlm 4-5 sudu ikut tahap kepedasan tuan/puan nak lah.
Lepas dah nmpk rasi bersama je bahan-bahan tu campak la kueyteow, taugeh dan kucai. Kacau sampai rasi.
Baru masukkan Paste yang kita buat masa awal tadi.
Dah nampak bergenang, dengan pantas nye! (ni tak memain kena pantas) Pecahkan telur masuk dlm kuali kacau dlm 30 sec (jgn sampai dia jd berketul) terus lah keluarkan, masukkan dalam pinggan. NGAP!

Simple kan?!!

Tapi naty ade sedikit pembaziran lah. Masa nak buat stok udang tu, memang udang kecil tu saya tak guna dah. Tapi kalau korang nk guna lagi buat goreng sayur pun boleh. Tapi dia dah tasteless. Sebab dah perah sume pati dia jadi stok udang.

Itu je. Tq!

Antara bahan-bahan yang featured dlm kueyteow saya :p

The Seri Kembangan Char Kuey Teow! Aummm!

Resipi : Gulai Tempoyak Pahang

Salam petang ahad!

I just came back from PICC. Checking out  NEDA's booth. Do check out their website and like 'em at facebook too. She had design a very comfy n hip design of hijabs. I myself bought 7 pcs already.Oh and Ayda (the designer and founder of NEDA) also a good friend. And she's from Kuantan, Pahang. Yes.. Pahang. One of the famous specialty is Gulai Tempoyak. Menaip gulai tempoyak ni pun airliur mencecer! hahahaha over kan Linda kau ni!
Anyway, lunch tadi fikirnya takmau masak. Sebab breakfast tadi dah heavy. Tapi pukul 3 tetiba rasa lapar. Was thinking to make Gulai Singgang mulanya. Tiba-tiba bila dah keluar semua bahan nampak plak timun.. terus ubah fikiran nak masak je gulai tempoyak. Petai pun ade. Cantiklaaa sgt. 

Ikan kembung? kenapa tak ikan patin? sebab kak kak sume, saya tak makan/beli ikan patin luar dari Pahang. hehe Takut jatuh susuk. eh! tak tak hahaha.. sbb saya rasis. eh? haha ok tak, sbnrnya tak yakin dgn ikan patin yang jual selain dr di Pahang. So sebab bekalan ikan patin takde saya ganti je la dgn kembung. Tapi cara masaknye sama aje kalau nk substitute kembung tu dgn patin.

Nak resipi tak? nak tak? senang sangat..

Bahan
Ikan patin/kembung
Tempoyak - sudu lah ianya mengikut tekak dan kepekatan yang anda mau
Garam
1cm ibu kunyit/kunyit aje pn boleh la labi
Cili padi dan lada besar ataupun combination kalau anda nak meletup
Daun kesum
Bunga Kantan
Petai
Timun Tua

How to?:
The easiest!
Tumbuk lada + kunyit. Letak air dlm periuk, ikut sukatan sendiri nak banyak mana kan.
Masukkkan tumbukan tadi (ha..ha..pikir lain lettewwww hewhew) then masukkan sekali tempoyak tadi
Masukkan sekali timun tua, garam, petai, daun kesum n bunga kantan.
Didihkan ianya, tatkala dah nampak sikit rasi, then baru lah masukkan ikan.
Pastu siap lah!

Saya selalu pairkan gulai tempoyak ikan ni dengan ikan masin. Perghhhh! bagi banjir kuah tempoyak ni..then ngap ngup lah anda dgn ikan masin sekali! cite pun tak guna.

Selamat mencuba!
Kecur kecur!! tu lah sapa suh masak sekor je tadi!

Saturday 24 December 2011

Food : Nasi Dagang

Sukses!

Cooked nasi dagang for the very 1st time. And twas delicious! Tq tq..

O nommmms!
 Am going to upload the recipe a little later.

See u alligator!

Resipi : Daging Dendeng

Salam salam

Hai hey hoi. Next resipi! Daging dendeng. We the Latip's clan love gooooood food. Ayah especially. And one of Ayah fav ialah daging dendeng ni. Ha.. sekali order kat org kampung, ada sampai 4-5kilo. Dia frozen kan and re-heat everytime nak makan. Bukan murah-murah dek non oi daging dendeng ni. Sekilo dlm rm40 lebih kurang. itu 2 tahun lepas, masa government tak umum SBPA ni lagi haha

So one day, ada jamuan raya kat office saya. Jenguk punya jenguk lauk. Ada daging dendeng. Yannng sgt sedaaaap ok. Tny empunya tupperware tu rupanye one of the staf situ. So pantasnya saya minta resipi and the rest is history. Tak history sgt la, sbb 2 kali je masak. sekali tu hampir mcm tak jadi je. But the 1st time try tu mmg saling tak tumpah mcm Rendang dendeng chu melah yg sekil RM 40 lebih tu huhu.

And now, im going to let u in to the easiest rendang recipe i have ever encounter. eceh. sume la easy aku ni kan. Tapi seriously, kalau korang tengok bahan dia, you'll totally agreed with me on this thing. Lets go hey-ho

The Bahans (Plural so dia bahan-bahan lah):
1.  Daging - 1/2 kilo
2.  Kicap Manis - Saya guna kicap cap cap, kicap cap kipas udang
3.  Minyak masak - ikut berapa sudu nak guna ikut kesesuaian lah
4.  Cili kering - yang later on akan diblender jadi cili mesin
5.  Bawang merah - Kalau nak rendang ni manis, so bubuh lebih sikit. Utk 1/2 kilo saya guna 6 ulas
6.  Bawang putih - yg ni memang tak letak banyak. dlm 4 ulas cukup
7.  Gula and garam
8.  Air Asam Jawa - saya suka guna yg ada biji tu then rendam n ambil air dia. not an instant one. walau pada asasnye rasa dia sama je kan.

How how:
1. Daging tu pressure cooker kan dulu, dlm setengah jam atau ikut gerak hati dah settle ke belum. Toskan and potong setebal 2 ke 1 cm depend on yourself.
2.  Lepas tu perap dengan kicap, at least 1 hour. Letak kicap tu biar sampai ampuh daging. Jangan lokek kalau nak sedap mcm saya buat..eh? haha
3.  Daging tu naty lepas di perap selama boleh, goreng la ia sehingga rasa-rasanya rapuh atau takat mahu kurang rapuh ke. Bergantung pada tuan puan sendiri. Angkat, letak ketepi.
3. Untuk menumis - minyak gorengan daging tadi guna semula untuk menumis ni. Macammmm biasa, masuk la bwg putih and bwg merah yang dah ditumbuk lumat bersama tadi. Lepas bau dah naik, then baru la masuk lada mesin. Lagi sekali ikut palate masing² la, nak pedas letak la cili mesin banyak, nak manis letak bawang merah banyak.
4. Dah rasa cukup naik bau semua tumisan tadi, masukkan daging n lepas dah mesra semua..tuang pulak air asam jawa tu tadi.
5.  Then masuklah garam n gula secukup rasa.
6. Nak sedap lagi lepas kering sume and cantik warna hitam dia tu.. goreng bawang merah asing and tabur je atas dia ok.

Dah siap pun. Daging dendeng ni sort of rendang juga. Ada org lepas goreng tu die tumbuk lagi daging. Saya sebab dah pressure cooker kan daging, so dah cukup empuk dah. So bergantung pada interpretasi masing² la kan.

Sedap di makan dengan roti or nasi or nasi lemak. Oh and kalau nak bau manis lagi, you can always campak kulit kayu manis in there.

You should try!

G pasar beli daging sekarang!!

This is the senonoh gambar of daging dendeng yang i can recover. The rest. I dont know where haha

Friday 23 December 2011

Resipi : Simplest Brownies recipe

Salam

Today husband give me green light to update more recipes online. Yeay! So nak update recipes brownies lah.. Actually brownies ni di ambil dan diubahsuai dari Rachael Ray punya resipi. After googling and found that her recipes is the simplest one.So i tried and succed!  Im not a baker and also  not a fan of cake. So this might be the one and only recipe that involve baking. So here goes.

Ingredients:
1. 2 cups of sugar ( memang ada sukatan cup-cari penyukat yg guna sukatan macam ni ok)
2. 3 quarters of butter ( saya guna farmcows..mooooo)
3.  1/2 teaspoon salt
4.  3 eggs
5.  1 cup cocoa (im using van houten)
6.  1 cup flour (tepung gandum cap sauh sudahhh)
7.  1/2 cup of walnut and 1/2 cup of roasted almond (dedua ni tumbuk, jgn blend)

How now brown cow?:
 1. The easiest thing. Campurkan butter + garam + sugar and salt. Gaul and gaul.
2.  Masukkan telur (yg dipukul-dlm 1minit) setiap satu. Masuk satu-satu lah tu.
3.  Last sekali masukkan tepung and cocoa butter and the kekacangs.
4.  Preheat oven n bake!

I kid u not. The brownies is super delicious.

Senang kan. Si tangan  bangku macam saya pun berjaya. Bila keluar dari oven tu, u just bubuh aiskrim vanila atas dia. Pergh!!!!

Selamat mencuba!

Resipi : Chicken Cream Soup

Hey Ho. Eh ... Salam

Another recipe. Simple yet healthy and tasty. Chicken cream soup :) nommmsss!

Bahan-bahan:
1.  Tepung Gandum 2 Sudu besar
2.  Ayam daging - diced, potong kiub
3.  Stok Ayam (Can replace with kiub ayam knorr)
4.  Celery - diced, potong kiub
5.  Bawang besar - Yellow or red. Dedua boleh. I prefer red.
6.  Sebiji kentang - diced, potong kiub
7. Butter - 3 sudu besar
8.  Fresh Milk ( or susu tepung tapi kena bancuh dulu dgn air panas n jgn berketul)
9.  Air mineral - 1/2 gelas

How it works :
1.  Daging ayam tu rebuskan dalam periuk lain. then toskan lepas dia nmpk putih.
2.  Panaskan periuk, masukkan butter and tumis bawang besar+celery.
3.. Dah harum, masukkan kentang (ada org masukkan lewat, saya suka kentang berasa onion)
4.  Masukkan stok ayam/kiub ayam and isi ayam and kacau
5.  Lepas naik bau semua bahan di atas, baru masukkan susu+air mineral tadi.
6.  Kacau lagi sambil nyanyi lagu batu belah batu bertangkup....
7.  dah menggelegak baru masukkan tepung gandum (yang dah dibancuh terlebih dahulu and takde langsung berbiji yer)
8.  Waaaaallllahhh! Siap sudah.

Some of the ingredients

This one is for my son

And this one is for the husband- i tag it with Pastrami Sandwich. Nyummmmm to the mmehhh!

Then and then only you can served the soup with Garlic Bread or other food with full of ummeh loves ♥

Ok? senang kan. Dah, now we can ditch all those instant cream soup! Home cooked food Rulesss!!!!

Seeeedaaap!

Simple Doughnut Recipe -Donut

As requested by my friend. Here are the recipe for doughnut. Pantun untuk resipi saya "U eat donut, u go nuts" ahahaha okay, tahpape..jom start....

Donut

Bahan-bahan (30-40 biji, bergantung pada adunan)

  • 1 kilo tepung gandum
  • 1 paket yeast ( Mauripan)
  • 1 1/2 gelas air suam-(suam and not too hot)
  • 1 atau 2 sudu besar susu tepung ( i used hi-goat HPA hehe)
  • 1 sudu kecil gula
  • 5 sudu besar planta(or butter, blh eksperimen ikut kesesuaian)
  • Kentang lecek ( dlm separuh je kentang)
  • gula castor or gula kasar di blend,

Cara-cara

  1. Bancuh yis dengan air suam dan gula.
  2. Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
  3. Gaul tepung + susu tepung + planta hingga berderai (sampai berkepinng-keping)
  4. Masukkan bancuhan yis tadi.
  5. Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat kat tangan tp teruskan uli sampai tak melekat lagi
  6. Biarkan doh naik sekejap and kemudian bentuk lah donut ikut kreativiti anda :) Saya guna mug free dgn penutup ubat untuk jadi bentuk yg kecik sbb sementara nak uli semua tu, donut tu pun kembang semula.
  7.  Then... goreng.
  8. Bila warna donut tu dah cantik ...angkat dan toskan minyak.
  9. Gaul dengan gula. Buat teh and minum. Nyoooommmm!
Kalau korang perasan, i replace the egg with kentang. Donut ni akan jadi gebu walaupun dah tak sejuk. Dengan adunan 1 kilo tepung ni akan buat banyak. So  pandai-pandai lah adjust untuk buatkan adunan separuh ke kan. Most of the sukatan sebenarnya kena pandai anggar jugak. So pandai² la tambah atau kurangkan bahan² kalau nak cuba yang lain sikit ok :)

So there u go!  Selamat mencuba.

The Gebu & Delicious DooooOOOooonut!


Blog Designed by The Single Momoirs