Pages

Slider

I love photography and eat good food. I have the biggest crush on my son and my husband and our new princess. My life revolve around them. I'm a part time domestic goddess and part time government slave. I used to extort people money through photography. That is the main reason why this blog exist. Sadly, time is my number one foe. He never let me multitask too much. But hey hey, cooking isn't that much time consuming. And i believed, a moms cook will make their kid love grow stronger in every munch. And yes ladies and gentlemen,I cook and I brag about it. So here goes. Here to a good picture and a good, easy, healthy home cooked dish! May you guys be inspired and COOK for the loved one! Insha Allah

Love Linda Latip

Friday 28 June 2013

Resipi : Kuah Lontong

Assalamualaikum

Kuah Lontong pulak. Saya ni, kalau orang dah minta resipi rasa obligated lak nak update kan haha. Padahal resipi senang je tak ye kan, cuma suka bila org lain pun masak. Tu kadang-kadang masak, ambik gambar up and kalau org mintak resipi terus kalau masa senggang updatekan. Biar sume pun rajin masak okay :)

Lontong ni sedap. Mak selalu masak. Sebab Ayah gemar. Ini antara makanan bersantan yang saya suka. Sebab pengaruh mak n ayah. Hahahaha yang lain kekureng sikit la. Plus Lontong pun banyak sayur kan dalam dia. So balance lah. Ghazi pun suka and abah pun suka.

So ini resipinya.

Bahan-Bahan
*sukatan untuk 3 orang makan, kalau nak masak lebih or kurang boleh adjust :)
1 cm Halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
-Tiga bahan atas ni tumbuk sekali 
Udang kering dalam 2 sudu besar (kalau dia keras sbb masukkan dlm peti, rendam dalam 10-15 saat dgn air panas gelegak ok)
1.2 cm Kunyit hidup
-2 bahan atas ni tumbuk skali

2 batang serai -titik sebab nakal sikit
6 ekor udang fresh hidup yg tembam-tembam, buang kepala and kulit
1 helai bay leaves
1.2cm lengkuas-titik tayah lebih sangat naty rasa lebey. (notice i like to use 1.2cm? hahaha sbnrnya anggaran je. Nak lebih dr 1cm tapi taknak lbh sgt. mcm tu la delima nak update resipi ni ha ahahaha) 
Tauhu kering
Sup Un
Kacang Panjang -potong 3 cm macam dalam gambar
Lobak
Kobis
Tempe, Kentang, tauhu -potong and goreng dgn garam kunyit dulu

Cara-cara
1.  Tumis dulu udang kering/kunyit hidup, dah dalam berdesing sket baru masukkan bawang-bawang yang tumbuk tadi. Naik bau masuk 3 ekor udang fresh. Jgn masuk semua lagi ye. Kacau kacau kacau la kacau. Campak serai pulak. Gaul lagi naik bau sket baru ke no.2
2.  Masukkan lah santan sedikit demi lah sedikit. Jangan dituang kesemuanya. Kacau ye jgn pecah minyak. And simpan sket pati santan tu dalam suku cawan (ni saviour ni) Masa ni blh masuk dah lengkuas dan bay leaves. Masa ni masukkan jugak sayur sayur yang bajet keras lambat nak lembut tu macam lobak, kacang panjang. Masukkan lah garam dan rasalah apa yg kurang. 
3.  Kacau sket tengok macam dah ok nak lembut sume baru masuk kan tempe, kentang and tahu goreng tadi. Masa ni tunggu dia menggelegak lagi, baru masuk sume sayur n bahan lain yang cepat lembik. dan juga masukkan lah lagi 3 ekor udang tadi.
4.  Dah gelegak lagi semua, kalau nmpk ala-ala cair and nak pecah minyak, masukkan pati santan yang kita simpan sket td masa awal kan. Ha tu taktik dia nak bagi pekat balik haha.
5.  Dah siap sume, makan dengan nasi impit and sambal tumis or sambal kacang. Jgn lupa rebus telur untuk makan sekali :)


Boleh je tak masukkan udang fresh. Still jadi. TAPI kalau masukkan udang segar, nanti lontongmu akan lebih manis semanis tukang masaknya. Sekian tips dari mak saya :)

Selamatlah mencuba kawan-kawan :)

Bahan-bahannya

Kuah Lontong siap.






Resipi : Tomyam Putih

Assalamualaikumwbt. Happy saturday :)

Somebody is pestering me to give her this particular recipe. Kau tak masak kang, siap kau na. Hahahaha Anyway, simple recipe. Ini kali kedua buat, the 1st time buat dengan ketam. So jadi. So kedua ni buat dengan udang. Jadi jugak la ahahaha. Dah kata senang kan. Resipi ni boleh buat ikut lah nak ayam ke, udang ke, sotong ke, ketam ke. Ikut je tekak haritu rasa nak makan apa. Janji bahan lain kena adalah. 

So here goes. 

Bahan-Bahan
*sukatan ni untuk dua orang makan je. Kalau nak tmbah lagi adjust la sukatan lain ok :)
Untuk Tumis
1 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
*tumbuk sekali
1 biji bawang besar, potong mcm dalam gambar tu.
2 batang serai (kalau kurg rasa boleh tmbah lagi serai)

Binatang pilihan anda-Udang/ketam/sotong/ayam

Sayur-sayur ikut mana nak masuk
Lobak
Kacang peas
Caulliflower

Air perahan limau nipis kalau dpt dlm suku cawan (ni nanti masuk sket sket-sambil masuk sambil rasa)
2-3 helai daun limau purut
1.2 cm lengkuas (jgn tumbuk, titik je sket. taknak over smashed nanti lebih sgt rasa dia)
2 sudu besar sos ikan
1 biji Tomato potong mcm gambar
Garam secukup rasa
4 sudu besar Santan (optional-i tak ubuh. tak minat santan hehe)


Cara-cara
1. Panaskan minyak. tumis dulu semua bahan tumis tu. Naik bau then masuk lah binatang yang dijadikan tajuk tomyam tu hari ni. Gaul-gaul kasi rasi naik bau bajet sedap. Pastu masuk pulak bwg besar tu. Kacau lagi.
2.  Letak sikit air, masukkan serai and lengkuas dah titik sbb nakal tu, baru masukkan sikit lg air bila yg td dah renih sket, letak garam and season and boleh masuk sos ikan masa ni, masukkkan lah sayur yg lambat nak lembut dlu and masuk sekali daun limau purut
3.  Masukkan perahan limau sket demi sedikit demi menjamin tomyam anda tidak lah terlebih masam
4.  Kalau lebih masuk blh masukkan gula tp sket je jgn bagi belebih plak manis
5. Last skali baru masuk sayur yg berdaun and tomato.
6.  Sebab tomyam ni mmg tak pakai pes segera, kena tere merasa lah dan membajet ikut kehebatan tekak dan lidah anda.
7. Bila siap, makan dan hidang.

* Lengkuas, jus limau, daun limau purut and serai main ingredients. Kena ada baru menjadi dengan sedap yer.

Kenyang!

Selamat masak korg. Masaklah untuk yang tersayang. Gitu haha

Tengok bahan-bahan dia senang je kan.
Selalu nak sedap masak nak teknik dia kena betul tu je. Masuk step by step  no main campak-campak aje :)







Thursday 27 June 2013

Resipi : Ikan Stim/Kukus Ala Nyonya

Assalamualaikum. Salam Malam Jumaat *tersipu* eh

Haha. What a way to start a day. Lawak tak kelakar. Harap semua tak paham lawak tu ye. Baik. berbalik kepada tujuan asal untuk update resipi malam ni. Semalam beli ikan merah. Terfikir masa dalam pasar nak masak asam pedas. Tapi since, heartburn is a good friend of me nowadays plus baru je mkn asam pedas. I googled and found Ikan Stim Ala Nyonya. Tengok bahan-bahan is super easy and semua ada kat rumah (tipu! ada yg kena g beli kedai runcit haha). Ok, so here goes anak-anak dara dan mak-mak takde dara yg asked for the recipe. I warned you, senang sgt ye resipi ni hihi.


     Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan merah sederhana (boleh tukar ikan siakap, ikan kerapu, ikan bawal, tak kisah apa ikan oleh try)
  • 1 biji tomato - potong ikut kreativiti ceh, potong kiub besar boleh mcm dlm gambar tu
  • 5-6 kacang bendi - ikut banyak mana korg nak, kurang boleh..lbh boleh. Potong separuh or tebal seinci.
  • 2 cm halia- untuk kukus dgn ikan nanti-korg tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - untuk kukus dengan ikan-tumbuk
  • Setengah sudu minyak masak-untuk kukus
  • Setengah sudu sos tiram - untuk kukus
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam

       Untuk blend dan tumis
  • 5-6 biji cili merah
  • 3-4 biji cili padi (optional-kalau nak pedas lah)
  • 1cm kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • minyak setengah sudu kecil
  • air sikit untuk blend
  • 3 biji bwg kecil merah
  • 2 biji bwg putih
  • secubit belacan (atau takyah masuk pun still ok)
* Pls noted that sukatan resipi ni ikut saiz ikan. So kena adjust kalau ikan tu lg besar or lagi tecit yer :)

Cara-Cara

1. Ikan bersihkan, toskan. Lumur dengan bwg putih+halia tumbuk +sos tiram and garam kan sekali. Letak minyak sikit and kukus for 10 minit api sederhana. Jgn over cook nanti daging ikan kental tak sedap. Biar lembut2 baru stim. eh

2. Masukkan minyak and tumis semua bahan blender. Minyak biar banyak sikit takpe, baru sedap nak tumis. Naik bau, baru masak air asam jawa, bendi and kantan. dah dlm 2-3 minit baru masukkan tomato. Seasonkan. Rasa masam, manis dan pedas. INGAT! dah masuk garam kat ikan tadi masa kukus kan, so letak sket2 garam kat kuah ni supaya tak terlebih masinnya. Dah sedap and nampak bendi dah lembut sket baru tutup. Kalau nak sedap lagi, air stim ikan tadi, masukkan dalam tumisan ni and gaul je skali.

3.Masukkan ikan dalam pinggan, tuang kuah dengan penuh nafsu. Enjoy your meal!


Ohoyyy! senang!


Selamat mencuba!

Oh, ni dah banyak jugak alter. Kalau nyonya-nyonya rasa dah lain sikit dr masakan ori, maafkan saya. Ini nyonya Linda pnya tekak hahaha dengan saya punya tahap mudah nak masak.

Bahan-bahan nya. Simple je kan.

Jadi dah. seeeeeedap. Makan dengan nasi panas. Ummmmph!

Blog Designed by The Single Momoirs